Tuesday, April 21, 2009

yg baik jadikan panduan..yg tidak jdkan sempadan..

sedang buat keje di office, saya telah browse s/khabar online...dan tertarik dgn bacaan kali ini...

mungkin saya belum berkahwin, dan akan datang bila sudah ditemukan jodoh oleh Allah s.w.t maka mana yg baik ini bolehlah dijadikan panduan yg tidak sesuai kita ikut situation la kan.....

maka, ada benar juga statement bwh ni dan mungkin juga x berapa sesuai..so apa kata kita go through la one by one...zoom in......

6 kesilapan pasangan berkahwin

IKATAN perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumah tangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.


cheryn thought: yupp, x dinafikan selain kebahagiaan, kerjasama, kejujuran saling mempercayai dan mengormati each other, kewangan memainkan perkara penting juga. Oleh yg demikian, pasangan harus bijak menguruskan kewangan keluarga. Kalau boleh, buatlah bajet tiap2 bln. N as usual, drpd pembacaaan saya dan ceritara kwn di luar sana, women has always been the Minister of Finanace in the country of 'FAMILY'. maybe some of u would not agree, especially the gus, but as for me, depends gak..if the women kaki boros xdapeklaaa...hahaha...tp ade kess the men yg lebih bijak belanja...anyway..as i said, it depends on how u do ur budgeting n ur expenses n not forgotten ur expenditure desire.....

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan.

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan:

Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

cheryn thought : yupp...ini satu hal lagi...pada saya...ia masih boleh dilakukan tp jgn lagak mcm org bujang.... :p bab yg tanpa pasangan anda...depends on the situation la kan...if g bercuti, y not bwk satu family sume g...lg satu takat borak je dkt kdi kopi tuh xde hallah nk g sendiri...hehehe

but the most important thing is pd saya ur soulmate need to know dgn sape u nak kuar...bkn kire menongkong...tp as safety and juz makluman...xsalahkan??????terletak pada kejujuran dan kebijaksanaan anda masing2 dlm membawa diri...kira sendiri mau ingatlah status kamu skrg apa...manis kah kalau keluar xtentu hala?as e.g berdua-duan dgn jantina berlainan......tidakkan?tepuk dada tanya hati...hehe

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks.

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60 peratus pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan:

Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

cheryn thought :akan di beritahu kemudian...tp pokoknya...pentinglah juga....huhuhu

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa.

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan

Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

cheryn thought :yupp...kita kenalah pandai jaga penampilan diri bukan untuk org lain tetapi untuk psgn sendiri juga...bukan bermakna dah kahwin, lantak p la...serabai xtentu hala....cmne tuh????? mak xselera u..............................hahahahhhahah....asal bersih dan kemas pon ok... ye x?

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat

Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik .


cheryn thought :mungkin benar, mungkin juga tidak...depends on situation...sometimes if gado xleh la kot nk kuar tgl cmtuh jer...bahaya...kena lah pujuk n amik ati ke...mungkin cr lah jalan penyelesaian dulu...if tgh ala2 volcano sket ke...AMIKLA WUDUK...SOLAT N TIDOR...BACE QURAN ke...PASTUH NK KUAR, KUAR LAH JALAN AMIK ANGIN....hehee...insyaallah..jgn lame tglkan umah pd saya itu x betol tuh....pandangan anda?

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan:

Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

cheryn thought :ini semua rezeki...wallahualam...syukur dan alhamdulillah....once dah berkahwin, mesti dah bersedia utk anak...but for some situation, cnth...ada financial or distance problem bettween the couples...leh la if nk stable sket dulu..xde salah lah...semua itu kan ketentuan ilahi... :)


ok..itu saja...sekian terima kasih.

No comments: