This is my WISH for U: COMFORT on difficult days, SMILES when sadness intrudes, RAINBOWS to follow the clouds, SUNSETS to warm ur heart, FAITH so that u can believe, COURAGE to know urself, LAUGHTER to kiss ur lips, PATIENCE to accept the truth, HUGS when spirits sag, CONFIDENCE 4 when u doubt, BEAUTY for ur eyes to C, FRIENDSHIPS to brighten ur being, and LOVE to complete ur life...... :D
Monday, August 24, 2009
sealamt berpuasa 1430H..& fadhilat tarawih
Masih xlamabat utk mengucapkan selamat berpuasa dan Menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yg penuh dengan kerahmatan dan keampunan...semoga ibadah yang dijalani mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan diterima olehnya...........Amin....ya Rabbal Alamin...
Selain kite berpuasa siang hari, kita digalakkan mengamalkan ibadah sunat lain. Antaranya solat tarawih, berzikir, bersedekah, tadarus Al-Quran dan lain-lain lg....
Ok, bercerita mengenai bulan Ramadhan, pada malamnya Soalat Sunat Tarawih akan dilakukan pada mlm hari. ianya amat istimewa. Selain ia hanya dapat dilakukan pada Bulan Ramadhan , ia juga mempunyai pelbagai Fadhuilah yg ingin dikongsi bersama. Rasa, semua pun tahu dah. Tp kdg2 lupe, fadhilah yang dijanjikan oleh Allat terhadap hambanya yang soleh. Insya'allah...
Solat sunat Tarawih walaupun sunat, ianya sunat mua'kkad. Yakni, solat yang amat dituntut oleh Rasulullah.
Apa yang diketahui, setelah bertarawih beberapa mlm di masjid. rasulullah tidak hadir pada satu mln Tarawih dan para sahabat telah bertanyakan mengapa beliau tidak hadir ke masjid bertarawih bersama sedangkan semua tahu fadhilatnya....Jawab Rasulullah, beliau bimbang jika beliau melakukan setiap hari, maka, solat tersebut akan menjadi wajib bagi umatnya yang akan datang, Rasullullah bimbang umatnya tidak mampu mengerjakannya sebulan jika ia jatuh kepada wajib hukumnya....
Tetapi, selagi kita mempunyai kesempatan dan kudrat, maka, sebagai umat Islam, kita dengan rendah dirinya perlu mengejar segala ganjaran dan keberkata bulan ramadhan ini. Solat sunat tarawih ini mempunyai fadhilah yang maha besar ya spt yang akan di catatkan di bawah nanti. Sehinggakan, para malaikat yang di langit juga turun untuk bertarawih bersama umat Muhammad sekalian di bumi memandangkan Allah hanya membenarkan solat sunat tarawih dilakukan di bumi.
Setiap mlm, diberi fadhilat yang berbeza spt di bawah :
Subject: fadhilat solat terawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Semoga, kita mampu melawan godaan di bumi untuk melaksanakan ibadah kepada -Nya. Jgn ia dijadikan sebagai adat...
Ramai antara kita juga hanya semangat melakukan tarawih pada awal bulan sahaja , dan pada pertengahan dan hujung bulan makin berkurangan manusia mengerjakannya kerana lebih gemar membeli belah dan mengejar hal2 duniawi.
Peringatan ini juga kepada saya.....supaya beringat2 sesama manusia....
Ok...hingga di sini.....Selamat Berpuasa dan Berbuka mgrib nti.....Wassalam..........
Monday, August 10, 2009
engaged with some'1'
what i can say it's a nice & sweet ceremony concept attanded by both family....a big thanks goes to:-
- my family especially my mom and dad for all A-Z preparation, energy, money etc...mwahhh
- my siblings: abg nick yg sanggup extend his leave, my brother qiud...huhuh...and iqa...tq for helping...mwahhh
- not forgotten all my aunts for the big assistance given...uncle and all my cousins and best friend that make the day happen hilariously, nice and sweet...(at least from my point of view)..mwahh
- my prometido ...ouwhh...what u think it is???rakan tido??ouwhhh...tidak lg...no3...jgn pkpk begitu...it is actually called Fiance in spanish...hehehe...nice huh???muhahahaah... :) mwahhh
- all my prometido family side...his parents and family and all his aunts, uncle n kazen...mwahhh juge..
Monday, July 13, 2009
tips bln ini...
Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya? '
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas'ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap
- Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan
- Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya
- Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan
- Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah
- Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara
- Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja
- Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan terlalu emosional
- Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik
- Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur
- Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri
- Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak
- Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar
- Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party
- Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah
- Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai
- Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan
- Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan
- Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my .
__._,_.___
Saturday, June 13, 2009
Bercuti di Office
Tp harini saya g cuti dkt office....
But keje dkt Office...
Keje ape??????
Alaaaa...keje laaa.....keje yg masih xsiap....Isnin dan Selasa kena wat Bengkel dkt Puncak Alam
So?????????
So, kenala wat preparation...
Aku masih nk kena wat minit mesyuarat, agihkan nama utk group bengkel, senarai nama MC, susun manual, n lain2lg...Esok Ahad...kena dtg pg lg ke office...watpe???nk settle kan ape lg xsiap..file sume...n angkut ke P.Alam..pastikan kemudahan tmpt tgl sume ok...coz ptg pendaftaran...
Ok....sbntnye...dlm meniti bulan jun ni, aku agak ade berdebar sket...bkn ape....adelaaa sesuatu yg bakal merubah sedikit diri aku....MISI * Julai..... heheheh
Dalam masa yg same, rase happy sgt, akhirnya akn merubah/menunjukkan kemajuan sedikit perhubungan saya dan En. Bf ke satu tahap lg....bercinta dah lame....kami kenal dan mula menjalinkan perhubungan manis ini sejak di sekolah menengah lagi....sape yg xhappy...
Persiapan, brg2 dah beli.....tgl yg lain2 laaa...
Tp syukur sy mempunyai mak n ayah yg sangaaaaaaaaaaaat baik...i Love u mom, dad...
So, part aku, nk hias bilik sket2, n baju, n lainlah...Sy berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.....
Oh...lupe nk bgtau...sy happy coz abg saya yg sulung (aku manede abg lg, ank ke , so dialah satu-satunya abg aku..heheheh) telah selamat sampai ke Malaysia dan rumah pada hari semalam Jumaat subuh dia sampai....tp dpt jumpe dia pon dah mlm coz saye keje smpi mlm...dia blk selain ade meetg , diambil kesempatan ini utk supaya dia dpt sama2 raikan majlis aku nti...ala...majlis kecik2 jer...so, blk cite td, dia agak susut bdnnye, sian mungkin krn kurang mkn aym disana...hehehe (dah dkt sane susah nk dpt mknan halal lagi2 ayam ni kan)...oklahhhhnti cite laghi
Ok...nk buat keje...sehingga bertemu di lain entri....
Selamat....
Thursday, May 21, 2009
The Mask

Aku kire...sekarang musim org akan mule membeli Mask...Kenapa?????????????
Topeng penutup mulut lindung daripada H1N1 aka selsema b*bi...hhuhuhuu
Beberapa farmasi di sini hari ini mendapati jumlah jualan topeng biasa dan jenis N95 semakin meningkat sejak virus H1N1 dikesan dibawa di negara ini
Mask ini dijual dengan harga RM1 sekeping, manakala bagi jenis N95 pula RM6 sekeping kerana ia memiliki penapis udara di bahagian dalam.
Sebelum ini, kita hanya memakai mask kerana:
1. berlakunya wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS),
2.selesema burung (H5N1) dan
3.jerebu yang melanda negara suatu ketika dulu.
4. Semasa mengemas rumah yang mempunyai habuk....maka untuk elakkannye gunalah mask terutama mereka yang resdung mcm saya...hehehe
Pemakaian mask merupakan salah satu usaha positif untuk mencegah daripada dijangkiti wabak tersebut.
Skrg ni, untuk langkah berjaga2 siapa mengalami demam dapatkan rawatan di hospital-hospital berhampiran dengan segera - jika ada tanda demam dan suhu badan panas (yg terbaru dgr cirit birit pon slh satu tanda kan) so beware lah...minta dijauhkan kita saudara2 kita dan negara kita drp wabak ini...
p/s: saya tidak pernah menggunakan mask. Owh tidak ,pernah..... baru sekali mase saya kemas bilik ostel sy yg agak berabuk slps bercuti dkt uitm dulu. Sy guna kan mask...heheheheh...elergic habuk daaaa....
skrg, ingt nk bli lah...esp siapa yg nk travel tuh better use this mask...risk mgt taw...tp yg bagus mask RM6 tuh siap ade ruang bernafas...spt dlm gmbr atas...owh...itu bkn sapa2 ya..bkn boyfren saya juge..gmbr hanya di ambil daripada tenet ni..huhuhuh
oh ibu...oh Ayah...Selamat Hari Ibu, Mummy...!! :)
This morning, while i had my breakfast and check my email, my eyes attracted to an email that is really touching....suddenly while i read through my tears drop from my eye lid...here's the story goes:
BEING A MOTHER/HAVING A MOTHER
''After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman
out to dinner and a movie.
She said, 'I love you, but I know this other woman loves you and
would Love to spend
some time with you.'
The other woman that my wife wanted me to visit was my Mother, who
has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my
three children had made it possible to visit her only occasionally.
That night I called to invite her to go out for dinner an d a movie.
'What's wrong, are you well,' she asked? My mother is the type of
woman who suspects
that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad
news.
'I thought that it would be pleasant to spend some time with you,' I
responded 'just the two of us.' She thought about it for a moment,
and then said,
'I would like that very much.'
That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit
nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed
to be nervous about our date. She waited in the door with her coat
on. She had curled her hair and was wearing the dress that she had
worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a
face that was as radiant as an angel's.
'I told my friends that I was going to go out with my son, and they
were impressed,' she said, as she got into the car. 'They can't wait
to hear about our meeting.'
We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and
cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady.
After we sat down, I had to read the menu.
Her eyes could only read large print. Half-way through the entrees, I
lifted my eyes and saw Mother sitting there staring at me. A
nostalgic smile was on her lips.
'It was I who used to have to read the menu when you were small,' she
said. 'Then it's time that you relax and let me return the favor,' I
responded. During the dinner , we had an agreeable conversation
nothing extraordinary but catching up on recent events of each
other's life. We talked so much that we missed the movie. As we
arrived at her house later, she said, 'I'll go out with you again,
but only if you let me invite you.' I agreed.
'How was your dinner date?' asked my wife when I got home. 'Very
nice, much more so than I could have imagined,' I answered.
A few days later, my mother died of a massive heart attack. It
happened so suddenly that I didn't have a chance to do anything for
her. Sometime later, I received an envelope with a copy of a
restaurant receipt from the same place Mother and I had dined. An
attached note said: 'I paid this bill in advance. I wasn't sure that
I could be there; but, nevertheless, I paid for two plates - one for
you and the other for your wife. You will never know what that night
meant for me.
'I love you, son'
At that moment, I understood the importance of saying in time: 'I
love YOU' and to give our loved ones the time that they deserve.
Nothing in life is more important than your family. Give them the
time they deserve, because these things cannot be put off till some
'other' time.
Somebody said it takes about six weeks to get back to normal after
you've had a baby... somebody doesn't know that once you're a mother,
'normal' is history.
Somebody said you can't love the second child as much as you love the
first... somebody doesn't have two or more children.
Somebody said the hardest part of being a mother is labor and
delivery....somebody never watched her 'baby' get on the bus for the
first day of kindergarten... or on a plane headed for military 'boot
camp.'
Somebody said a Mother can stop worrying after her child gets
married... somebody doesn't know that marriage adds a new son or
daughter-in-law to a mother's heartstrings.
Somebody said a mother's job is done when her last child leaves
home... somebody never had grandchildren.
Somebody said your mother knows you love her, so you don't need to
tell her... somebody isn't a mother.
Pass this along to all the GREAT 'mothers' in your life and to
everyone who ever had a mother.
This isn't just about being a mother; it's about appreciating the
people in your lives while you have them... no matter who that person
is!
Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, for it becomes...your destiny.
'Be kinder than necessary, for everyone you meet is fighting some
kind of battle'.
Saya tersedar....saya bukanlah anak yang begitu baik.....disedari mahupun tanpa saya sedari,selalu shj meyakiti hati ibu bapa (anak mana yg tidak pernah sekali menyakiti hati mereka tanpa disedari kan???)...tapi, ibu bapa tetap bersabar dan melayan kita seperti biasa selepas itu...mereka masih menyayangi kita dan memaafkan kita walaupun kita sebagai anak kdg2 telah menghiris hati mereka...selepas itu, kami masih boleh bergurau senda, berborak seolah-olah tiada apa terjadi :) tp jauh di sudut hati ini, saya tetap ingin berusaha menjadi anak yang baik...yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa...mendengar kata mereka dan tidak melawan mereka...anak solehah..insyaallah...amin...
I love u sooo much mummy, papa...and i love everyone who is always in my heart..
sayangilah dan hargailah mereka selagi mampu dan selagi mereka masih bersama kita.....
hargai lah mereka kerana dengan izin-Nya dan dengan kasih syg kedua ibu bapa dan keluarga kita, mereka telah berjaya membesarkan kita dengan penuh kasih syg...dari tapak kaki ini lbh kecil dari tapak tangan mereka, sampailah saya telah menjadi anak dara sunti yang berumur 26 tahun :)) thanku for everything, mum, dad....
sebelum air mata sy mengalir lg...saya rasa saya berenti di sini.... :)
Tuesday, April 21, 2009
yg baik jadikan panduan..yg tidak jdkan sempadan..
sedang buat keje di office, saya telah browse s/khabar online...dan tertarik dgn bacaan kali ini...
mungkin saya belum berkahwin, dan akan datang bila sudah ditemukan jodoh oleh Allah s.w.t maka mana yg baik ini bolehlah dijadikan panduan yg tidak sesuai kita ikut situation la kan.....
maka, ada benar juga statement bwh ni dan mungkin juga x berapa sesuai..so apa kata kita go through la one by one...zoom in......
6 kesilapan pasangan berkahwin
IKATAN perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.
Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumah tangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.
Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.
Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang
Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.
Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.
Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan.
Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.
Apa yang perlu dilakukan:
Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.
cheryn thought : yupp...ini satu hal lagi...pada saya...ia masih boleh dilakukan tp jgn lagak mcm org bujang.... :p bab yg tanpa pasangan anda...depends on the situation la kan...if g bercuti, y not bwk satu family sume g...lg satu takat borak je dkt kdi kopi tuh xde hallah nk g sendiri...hehehe
but the most important thing is pd saya ur soulmate need to know dgn sape u nak kuar...bkn kire menongkong...tp as safety and juz makluman...xsalahkan??????terletak pada kejujuran dan kebijaksanaan anda masing2 dlm membawa diri...kira sendiri mau ingatlah status kamu skrg apa...manis kah kalau keluar xtentu hala?as e.g berdua-duan dgn jantina berlainan......tidakkan?tepuk dada tanya hati...hehe
Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks.
Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60 peratus pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.
Apa yang perlu dilakukan:
Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.
Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.
Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa.
Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.
Apa perlu dilakukan
Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik
cheryn thought :yupp...kita kenalah pandai jaga penampilan diri bukan untuk org lain tetapi untuk psgn sendiri juga...bukan bermakna dah kahwin, lantak p la...serabai xtentu hala....cmne tuh????? mak xselera u..............................hahahahhhahah....asal bersih dan kemas pon ok... ye x?
Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil
Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.
Apa yang perlu dibuat
Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik .
Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak
Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.
Apa yang perlu dilakukan:
Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.
Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.
cheryn thought :ini semua rezeki...wallahualam...syukur dan alhamdulillah....once dah berkahwin, mesti dah bersedia utk anak...but for some situation, cnth...ada financial or distance problem bettween the couples...leh la if nk stable sket dulu..xde salah lah...semua itu kan ketentuan ilahi... :)
ok..itu saja...sekian terima kasih.
Sunday, April 12, 2009
masak2 chef wan..huhu
125g sugar
125g self raising flour
2 eggs
2tbsp fresh milk
pukul gula+butter sampai kembang, masukkan telur, lepas tu tepung last sekali milk. dapat dlm 12 biji.
cream
125 gm mentega
125 gm krimwell ( putih macam shortening)
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila
Pewarna
Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair
Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
koleksi masakan
Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )
*500g campuran brownies kukus (premix)
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat
**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air
nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.
Cara-cara campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar
Monday, March 23, 2009
yok main masak masak
Variety of design...sbb dah pnt wat cc td..so inilah time saya nk mengarut tahpape lukis...bg adik n family aku mkn..tetamu dtg pon hidang ni siap bg tapau lg tuk ank buah depa...sekeja...dah habis...siap kena pesan don't eat this 3 cookies...this is reserved for someone...hehe..gitew..yg mane?tekalah...
ni masa br kuar oven terus saya mendeko cookies ni....e'eh..ada nama saya lah n Mr S sekali... :) Sunday, March 8, 2009
Atas Permintaan

Tuesday, March 3, 2009
Masalah bln ni -Lapo-
Thursday, February 26, 2009
penggemar coklat dan cheese !!!!slurppp......~~~
marble cheesecake buatan Chef Nazzreen..ahakss...~~~Saturday, February 21, 2009
cuti @ keje?
Actually harini cuti...
tp aku kena g office...
Esok Ahad pon kena g lagi...
Ada persiapan HBP ofc aku.............
HM.........................dah keje n tgjawab...keje je laaa..
Sape ckp keje gomen relax...
Nowadays, working in public sector is no longer like before...org kate...relax..kul 10 kuar minum...kul 1 minum...kul 3 minum...balik on time...
Is it??????????????Tp pada aku keje gomen skrg ni xmcm dulu coz aku keje private yg kul 10 minum...kul 4 minum...huhuhuh
Ni...xde mase beb...in fact, break at 1 p.m tuh means nothing to me as i need to settle my workload...sometimes i can't even have time for breakfast...melainkan ade meeting la dptla mkn free... Onemore...gov ni suke meeting..asek2 meeting...aishh...bile mase keje nk buat...habis meeting...ade keje lagi..tindakan yg perlu di buat....
Maybe tmpt lain xmcm ni kot...ke tempat aku je...
Yela... UiTM kan dapat anugerah AKPM (Anugerah Kualiti Perdana Menteri) thn lepas..Nov xsilap.. ----for those yg xtau especially yg xkeje gomen Anugerah ni adalah Anugerah kualiti Sektor Awam --- Anugerah utama la/tertinggi...
Nk dapat susah...and dah dapat lagi susah siot upenyer...kuli2 mcm aku ni la..ditugaskan mcm2 task untuk memaintainkan Anugerah ini..
Eh.. ok..sambung nti...nk cpt wat keje leh blk cepat...
nk tgk Upin Ipin....... tp xtaula.....daaaaa
di du.... :D
Monday, February 16, 2009
- SiTuAsI -
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…
Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
p/s: i likeee lirik di sebalik lagu ni...itulah destinasiku.... :D
Wednesday, February 11, 2009
serabut + paling BENCI
mlm ni dpn PC kunun mau buat satu keje yg palig diBENCI...tp ada masalah yg buat aku SERABOT..DA*N....SI*T TOLLAAAAA....
aku paling benci tuk buat Minit Mesyuarat........Yes....kalau sikit xpe...tp smpi 5 jenis mesyuarat ko jadi s/u apa kes...ohh...tmbh lg event nk buat aku s/u lg....mau dkt 10 minit aku yg kena settlekan....basket ball.........................BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
ingt aku xde keje lain ke yg belambak.....buat aku nk mencar*t je..heeeehehehehe....relaxxxx..dahla ngantok ni
SERABOT....sbb aku kena g ofc pg2 bute, lps subuh esok trus kuar mebi 6.30...apa...?????gila awal??????????yesss coz bg sesape yg duk Klang tau how stressful to drive @klang skrg ni ok.
pdhal klang s.alam ni kalau la xjam aku leh bwk 10 minit smpi s.alam dr umah aku...tuh if smooth giler la...tp skrg???normal is 40-45 min. worse is 1jam-1jam stgh....hebat x traffic dkt klang...
(jmbtn yg nk dibina ni siap 1 thn lg or >.....syarikat SPA* yg buat aku hangin n dah wat dosa awal2 pg coz ter mencar*t maki keta lain n jam ni)
oh yea...knape kna g awal pdhal slalu lmbt lg...sbb nk mencari sesuatu yg telah hilang...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....misplace...mane ntah aku letak...
oklah nk tidoe..xtau sempat bgn tgk intan x..or kna trus tidoe so that i can wake up early 2moro...oklah ^&%^$%#$()_(+)&*&*(^^....
Thursday, February 5, 2009
Cuba2 explore
Lapar la plak...xmkn lagi ni...adoi...
Esok Jumaat paling suke sbb can't wait for Saturday to come...yeahaaa...cuti...penat keje 5 hari ni skrg ni..sbb xpernah nk rehat...time rehat pon kena keje...tp bile balik ruamh aku seboleh2 xnak pk pasal keje...cukuplAH 8PAGI-6 PETANG...5 days a week...walau waktu keje habis 5.30 huh...walau pon sometimes ade gak bwk blk keje tp jarangla....
oklah...nk cuci muka n mkn sume siap2.....PENATTTTTTTTTTTTTTTTTT....
mata pon ngantok...tp xleh tido ...kena tgk INTAN...cite favourite nazz..skrg lebih suspen...aduhh...cite ni lah yg dapat menceriakan hari2 setelah penat kerja...buatkan aku dok tercongok dpn t.v tiap Isnin-Jumaat 11 mlm....kdg2 smbil terlelap2 kalau dah pnt sgt...heheheheh...xpe..asal aku happy n puas dapat tahu kisah cite ni tanpa perlu org cerita..br feel....sampai if my dear call pon xsempat nk agkt nazz khuyuk sgt tgk cite ni...walau agkt tp xckp pnjg except tgk iklankan....heheh...sorry aaa sayang..kul12 i kol balik.... :p
Oh ya...harini my beloved mummy punye Birthday...yg ke -5* pd 5 Feb 2008....'HAPPY BIRTHDAY MUMMY'
Semoga mummy panjang umur , dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan oleh Allah s.w.t., dimurahkan rezeki dan bahagia selalu di dunia akhirat juga...Semoga mummy diberkati Allah selalu..Amin Ya Rabbal A'lamin....I LOVE U Mom!!!
Terima kasih atas segala-galanya yg tlh diberikan dr anak dara Nazz dia ni kecil sampailah dah besar...segala pengorbananmu amat di hargai dan xmampu utk dibalas...tp Nazz akan sedaya upaya menceriakan dan membalas apa yg termampu seboleh-bolenya...Nti cuti br bwk belanja mkn n beli a lil gift sket....
Oklah...caw cin caw....
Tuesday, February 3, 2009
mc selesema, cuti n jogging


alasannye...aku sebuk sgt dgn keje di pejabat sejak akhir2 ni...
hahaahaaha....soronot nye saya...
cuti ni aku nk jog...aku rase dkt setahun aku xjog...dulu aku leh katakan slalu gak seminggu mesti pegi sekali...
mule2 semput gak...tp dah lame2...stamina makin mantap...badan pon terasa ringan n kurus....hheeheheh
aku nk azam jog n diet oleh kerana berat badanku tetibe dah naik...thn 2007 berat aku pernah turun till 43kg???believe it or not???ouwhhh...u need to believe it..yela...aku ni kire tinggi la jugak ka...so utk tinggi aku berat 43kg...kire slim gile la aku...tp xlame 2minggu aku naikkan balik n maintain sekian lame 44,45kg...
dlam erit kata lain...i kena rajin jog utk kesihatan selain stamina dan leh maintain berat bdn sekaligus...so,jogging...making it a habbit...u won't regret..papepun larilah ikut kemampuan...1st time slow je a...nti terkejut bdn jgn paksa2..bahaya...shafiq....u kan jarang jog???hehehe...nti kite lwn ek stamina....hahahaah..u pon dah bult je i tgk...so marilah kite beriadah berolahraga seh...





